TERKINI!!! Dr. Zakir Naik Dapat Kerakyatan Arab Saudi..



ARAB Saudi memberikan kerakyatan negara itu kepada pendakwah Dr. Zakir Naik yang mendapat notis merah daripada Interpol.

Dr. Zakir merupakan individu dikehendaki di India kerana didakwa membiayai aktiviti keganasan dan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Menurut laporan Middle East Monitor, pendakwa berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu untuk mengelak daripada ditahan.
Pihak berkuasa India sedang berusaha untuk membatalkan pasport Zakir dan meminta Interpol mengeluarkan notis merah terhadap beliau.

Middle East Monitor melaporkan Dr. Zakir yang berada di Arab Saudi akan dipaksa kembali ke India jika pasportnya dibatalkan.


Pada November tahun lepas (2016), Hindustan Times di India melaporkan bahawa Zakir telah diberi kerakyatan Malaysia namun perkara itu dinafikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.