PRK: Punca-Punca PAS Tak Dedah Isu Jet Mewah Yang Digunakan Isteri PM Hj Najib... Jom Terjah!!!


 

PAS berkata ia sedia membangkitkan isu jet peribadi yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi mahu maklumat lengkap berhubung isu itu.



“Kalau ada maklumat lengkap (kita akan suarakan), kerana PAS bercakap berdasarkan fakta,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kuala Kangsar, Idris Ahmad.

Beliau menjawab Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mencabar PAS membangkitkan isu itu pada kempen PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, susulan pendedahannya yang Rosmah menyewa jet mewah untuk menghadiri urusan kerajaan di Turki.


Rafizi berkata kegagalan berbuat demikian menunjukkan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad akan gagal membawa suara rakyat ke Parlimen jika menang dalam PRK kali ini.



Idris kata tidak timbul isu pertahankan Rosmah kerana “kami pun memang sentiasa membantah keburukan Barisan Nasional”.



Rafizi membuat siri pendedahan berhubung dakwaan Rosmah menggunakan jet peribadi yang disewa kerajaan untuk menghadiri sebuah majlis di Istanbul, Turki.



Tindakan itu dipertahankan pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor yang berkata jet peribadi digunakan berikutan jadual Rosmah yang padat.



Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan tindakan DAP memasang papan tanda provokasi tanpa pengetahuan AMANAH di Sungai Besar menunjukkan siapa “mastermind” dalam kerjasama dua parti itu.



“Dialah (DAP) ‘mastermind’, PAN ikut arahan,” katanya merujuk AMANAH.



“PAN kadang-kadang tak tahu pun apa yang DAP buat. Macam papan tanda itulah. ‘Aku nak buat, buat sahaja, PAN tak tahu pun tak apa’,” katanya lagi.



Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad semalam menjelaskan, pemasangan papan tanda tersebut disebabkan masalah kekurangan koordinasi antara rakan parti dan berjanji ia tidak akan berulang lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.