TERKINI!!! (Gambar2) Serpihan Helikopter Telah Ditemui, Nasib Penumpang Belum Diketahui.. Jom Terjah!!!




Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan yang dipercaya berpunca dari helikopter AS350 yang dilaporkan hilang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching pagi ini.

Manurutnya, operasi SAR telah bergerak dan dari maklumat yang diterima pada jam 9.50 pagi ini, pasukan itu telah menemui serpihan yang dipercayai berpunca dari helikopter yang hilang itu.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian
daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.
Bagaimanapun, penumpangnya belum ditemui.

Najib berkata operasi SAR akan diteruskan sehingga badan utama helikopter dijumpai.

Perdana menteri berkata, segala usaha dan aset yang boleh digunapakai untuk operasi itu akan digunakan sepenuhnya.

Menjawab soalan media, Najib berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenai nasib penumpang helikopter tersebut.

Katanya, di peringkat ini, pasukan SAR menemui serpihan helikopter dan tiada apa-apa mengenai penumpangnya.

Menurut perdana menteri penumpang helikopter yang hilang itu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya.

Turut menaiki helikopter tersebut ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Kangsar, KSU kementerian berkenaan Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.

Kemaskini...





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.