Allahu Akbar!!! (Video) Pesawat TUDM Terhempas Dekat Kuala Selangor, Semua Kru Selamat.. Jom Terjah!!!



Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di Kuala Selangor, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
Menurut kenyataan TUDMsemua lapan anggotanya dalam pesawat pengangkut CN235 itu selamat.
Kru pesawat dari Pangkalan Udara Subang itu dilapor diselamatkan nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.
"TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"TUDM juga akan berusaha untuk membuat 'recovery' pesawat itu," menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengarahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad, memantau sendiri siasatan berhubung kejadian itu.
Hishammuddin menerusi akaun Twitter berkata beliau bersyukur kerana semua anak kapal pesawat itu selamat.
"Saya telah arah TS PTU sendiri pantau siasatan.
“Alhamdullilah - semua selamat,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, terdahulu dalam laporan awal, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu.
"Maklumat berhubung kejadian itu diterima daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian yang melihat pesawat terhempas dan mengalami kebakaran.
"Semua mangsa berjaya diselamatkan dengan menaiki perahu nelayan," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.