Al Fatihah: Moga Mereka Di Tempatkan Bersama-sama Para Solehin...

Bapa bersama bayi lima bulan maut, isteri parah
Kereta jenis Mazda dan Nissan Grand Livina terjunam di sungai sehingga 
mengorbankan nyawa dua beranak, petang semalam.
 
SUNGAI RAMBAI - Seorang lelaki dan bayinya yang berusia lima bulan maut apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai bersama sebuah lagi kereta di Kampung Sebatu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Muhammad Faris Zainal Abidin, 27, maut di tempat kejadian, manakala bayinya, Putra Muhammad Arif meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Sungai Rambai.

Isteri mangsa, Harisah Diana Zakaria, 24, turut mengalami kecederaan parah di leher apabila kereta jenis Mazda dinaiki tiga beranak itu merempuh sebuah kereta jenis Grand Livina dari arah belakang, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam sungai.

Dua mangsa yang menaiki Nissan Grand Livina pula mengalami kecederaan ringan dan kesemuanya dihantar ke klinik yang sama.
Saksi, Abdulilah Said, 58, berkata, ketika kejadian, dia ternampak kereta Mazda terbabit secara tiba-tiba merempuh Nissan yang dinaiki dua orang, sebelum kedua-dua kenderaan itu masuk ke dalam sungai.

“Bila dah berlaku tu, saya cepat-cepat pergi selamatkan mangsa perempuan tu dulu. Bayi dalam kereta itu memang sudah berdarah di hidung dan kepala.

“Dalam keadaan panik, saya mulanya tak nampak yang mangsa lelaki tetapi bantuan orang ramai, semua mereka dikeluarkan (dari kenderaan)," katanya yang turut memberitahu kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.08 petang.

Menurutnya, sebuah jentera membabitkan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.

“Sebaik sampai di lokasi, kita melihat dua kereta terlibat, tetapi orang awam sedang mengeluarkan yang tersepit.

“Kita melakukan kerja menyelamat bagi memastikan tiada mangsa yang tersepit atau pun tidak dijumpai,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.