Inilah Hakikatnya: Keputusan Perwakilan Muktamar PAS Yang Diumumkan Pengerusi J/K Pemilihan PAS.. Jom Terjah!!!

Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa membuang undi. Beliau mempertahankan jawatan presiden PAS dalam muktamar ke-61. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Jun, 2015.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan presiden PAS dalam muktamar ke-61 hari ini selepas pertama kali dicabar sejak menyandangnya dari tahun 2002.
Beliau memperoleh 928 undi perwakilan sementara pencabarnya, Ahmad Awang memperolehi 233 undi. 
Seramai 1,189 perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor tahun ini.
Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi.
1,161 kertas undi dibuang dan perwakilan PAS hari ini memilih 3 nama berikut sebagai naib presiden: Idris Ahmad (896 undi), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710 undi), dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi).
Dalam jawatankuasa pusat PAS, hampir semua yang terpilih merupakan mereka yang dilihat menyokong kepimpinan ulama.
Di antaranya adalah Nasrudin Hassan, Mokhtar Senik, Nik Zawawi Salleh and Khairul Aman Razali, yang merupakan ahli Dewan Ulama dan memperolehi lebih 500 undi.
Sementara, mereka yang dilihat kritikal terhadap presiden PAS dan pro-Pakatan Rakyat seperti Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad masing-masing mendapat sekitar 300 undi dan gagal merebut satu pun dari 18 tempat yang direbut.
Senarai lengkap 18 orang ahli jawatankuasa PAS Pusat yang baru dipilih adalah seperti berikut:
1. Nasruddin Hassan;
2. Riduan Mohamad Nor;
3. Datuk Mohd Nasruddin Daud;
4. Sallehen Mukhyi;
5. Nik Zawawi Salleh;
6. Mohd Khairuddin Aman Razali;
7. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan;
8. Datuk Abdullah Hussin;
9. Razman Zakaria;
10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki;
11. Mokhtar Senik;
12. Zaharudin Muhammad;
13. Dr Ali Akbar Gulasan;
14. Mazlan Aliman;
15. Dr Rosni Adam;
16. Mohd Noor Mohamad;
17. Muhamad Sanusi Md Nor;
18. Nor Azli Musa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.