HOT!!! Akhirnya Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Umumkan Penubuhan Parti Baru Pro-Pakatan Selepas Aidilfitri.. Jom Terjah!!!

Sebuah parti baru dijangka ditubuhkan selepas Aidilfitri ini ekoran keputusan diambil Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagaimanapun berkata parti itu bukanlah peralihan daripada pertubuhan berkenaan, sebalikya sebuah entiti lain.

Katanya, parti baru itu nanti ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat, manakala PasMa kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Phahrolrazi berkata parti baru itu akan dbentuk melalui sebuah jawatankuasa penaja yang dianggotai oleh pelbagai NGO proPakatan.

"PasMa hari ini mengambil ketetapan bahawa sebuah parti politik baru perlu ditubuhkan dan peranan PasMa dalam parti politik ini ialah untuk memastikan kesinambungan peranan PAS dalam komponen Pakatan," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini

Kekal peranan dulu

Phahrolrazi berkata PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan tidak akan menjadi parti politik.

"Kami kekal dengan peranan terdahulu," katanya.

Phahrolrazi menambah, urusan penubuhan parti baru itu akan diambil oleh sebuah jawatankuasa penaja untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.

Bekas Exco Kedah itu juga berkata, jawatankuasa penaja parti baru berkenaan akan digerakkan selepas Hari Raya Puasa.

"Peranan jawatankuasa itu bagi memastikan parti baru terbentuk," katanya.

Ketika ditanya adakah parti baru itu sama seperti PAS, Phahrolrazi (kiri) berkata parti yang belum ditentukan namanya itu berlainan dengan parti Islam tersebut memandangkan keahliannya terbuka kepada pelbagai kaum.

Katanya lagi, parti baru itu juga akan meneruskan kesinambungan PAS sebelum berlakunya krisis bersama Pakatan.

Malah, bekas pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata beliau turut mendapat sokongan positif daripada beberapa pimpinan PAS yang tewas pada pemilihan muktamar baru-baru ini.

"Satu dua orang  PAS yang tewas dalam pemilihan baru ini telah hubungi saya dan beri tanda positif. Cuma beri masa kepada mereka kerana baru lepas alami kekalahan teruk.

"Parti ini sambungan daripada PAS dan akan ada DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) yang memainkan peranan penting. Kita akan cadangkan supaya parti ini terbuka dan membolehkan kaum lain untuk turut serta sebagai ahli parti," katanya lagi.

Phahrolrazi berkata, pembentukkan parti baru itu juga akan memberi pilihan kepada ahli PAS sama ada untuk terus kekal dengan  parti itu atau sebaliknya.

"Ahli PAS sudah boleh buat pertimbangan sama ada bersetuju dengan kepimpinan ulama atau kalau mereka hendak berada dalam parti terbuka, inklusif mereka perlu buat pilihan," katanya lagi. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.