SEREMBAN – Video penceramah bebas, Azman Abdul Halim yang didakwa
menghina rakyat Negeri Sembilan, kini menjadi viral sehingga mendapat
maklum balas negatif daripada pengguna sebuah laman sosial.
Difahamkan, video berdurasi 58 saat itu memaparkan ceramah ustaz
terbabit di sebuah masjid di Selangor yang memberitahu di Negeri
Sembilan tiada tazkirah dan ilmu agama dianjurkan selain menggunakan
perkataan ‘bebal’ dan ‘bengap’ seolah-olah menghina rakyat negeri ini.
Susulan penyebaran video tersebut, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd
Yusof Ahmad tampil memberi penjelasan tentang video lama yang dirakam
pada 2012 itu.
Kata Mohd Yusof, beliau sudah bertemu Ustaz Azman pada jam 3 petang semalam, dan dia telah menerangkan perkara sebenar.
“Menurut Ustaz Azman, video asal ceramahnya berdurasi lebih sejam,
namun sudah diedit menjadi 58 saat, yang mana bahagian menampakkan
dirinya ‘teruk’ dan bersikap kasar itu diviralkan.
“Dia (Azman) memaklumkan kejadian itu tidak disengajakan, berikutan
pada waktu itu terdapat seorang individu bertanya mengenai solat terawih
10 rakaat di Negeri Sembilan," katanya.
Tambahnya, di negeri ini, solat terawih dibuat 10 rakaat dibenarkan dan bukannya menjadi satu kesalahan.
"Ia hanyalah solat sunat, berapa banyak kita nak buat pun tak menjadi kesalahan.
“Namun, apabila terlalu emosi dengan soalan ditanyakan penonton, Ustaz
Azman terlepas mengeluarkan perkataan kesat, sehingga menyinggung
perasaan masyarakat Negeri Sembilan yang mendengar video pendek yang
diviralkan itu,” katanya.
Tambahnya, perkataan ‘bengap‘ dan ‘bebal’ itu sebenarnya ditujukan
kepada orang bertanya, kerana tidak memahami cara mengerjakan solat
terawih itu, namun dia terlepas cakap dengan mengeluarkan perkataan yang
tidak sepatutnya.
Katanya, isu ini tidak perlu dipanjangkan dan diperbesarkan lagi.
“Dia sudah pun mengaku membuat silap dan meminta maaf di atas
keterlanjuran perkataan yang digunakan semasa ceramah tersebut, tidak
perlulah kita panjangkan lagi.
“Walaupun perkataan tersebut tidak ditujukan kepada orang Negeri
Sembilan, tetapi sebagai penceramah perlu menjaga adab dan tingkah
laku,” katanya.
Dalam pada itu, Azman kini dinasihatkan supaya ‘berehat’ seketika daripada memberi mana-mana ceramah bagi meredakan keadaan.
Azman, 30-an telah diberi tauliah pada tahun 1996 oleh Jabatan Mufti,
dan dibenarkan memberi ceramah di seluruh negeri ini tanpa had masa.
Sementara itu, Azman ketika dihubungi memberitahu bahawa kejadian yang
berlaku itu adalah tidak disengajakan, dan memohon maaf dengan kekasaran
bahasa yang digunakan itu.
“Saya minta maaf dan akui perkataan digunakan itu adalah sesuatu yang
tidak sepatutnya diungkapkan, namun saya hanyalah manusia biasa.
“Jangan menghukum saya, jika sekadar mendengar video yang berdurasi 58
saat itu sahaja, perlu melihat video penuh. Tidak adil jika saya
dipersalahkan hanya sekadar video tersebut, sedangkan apa sebenarnya
yang berlaku orang tidak tahu,” katanya.
Katanya, dia yakin ada pihak tertentu yang cuba menjatuhkan imej dan
merosakkan reputasinya, agar tidak memberi ceramah di Negeri Sembilan.
-SINARHARIAN
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ▼ 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment