PANAS!!! (Video) Jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Kepada Pihak Yang Lantang Mengkritik Menjelang Muktamar.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR - “Saya seronok kerana ada parti-parti lain turut berkempen bagi Muktamar Pas-61," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai respons kepada pihak yang lantang mengkritik beliau menjelang pemilihan parti itu minggu depan.


Abdul Hadi dalam nada sinis berkata, beliau memberi peluang kepada mana-mana pihak yang mahu berkempen untuk muktamar itu.
“Saya beri peluang kepada parti-parti lain yang mahu berkempen untuk muktamar,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini menyindir Abdul Hadi kononnya hanya jasadnya sahaja masih bersama PR tetapi hatinya telah bersama Umno.

Mengulas perkara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas berkata, beliau masih bersama PR.

“Saya masih lagi duduk di kerusi dan tempat yang sama. Dia (Guan Eng) tidak tahu hati saya dan saya tidak tahu hati dia. Mana kita tahu tentang hati orang,” katanya.

Ditanya adakah Pas bersedia untuk berjuang secara bersendirian, beliau berkata, Pas pernah bergerak secara sendirian.

“Kita (Pas) pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan dan luar kerajaan. Biasanya peristiwa lama tidak akan berulang.
“Konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk dan tidak boleh bersendirian,” katanya.

Ditanya lagi bagaimana beliau mahu bekerjasama dengan DAP selepas Guan Eng memutuskan hubungan dengannya, Abdul Hadi menjawab ringkas, “kita tunggu pemilihan nanti”.

Diasak lagi dengan soalan bagaimana Pas mahu menyelesaikan kemelut yang berlaku, Abdul Hadi menjawab, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Kita tunggu sehingga tiba masanya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.