Al Fatihah!!! Pengulas Sukan Tersohor Negara, Datuk Hasbullah Awang Kembali Kerahmatullah Di IJN


KUALA LUMPUR: Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis.

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an.
Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.