Keputusan Rayuan Pendakwaan Kes Altantuya Hari Ini, Kronologi Kes Pembunuhannya... Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR: Hari ini Mahkamah Persekutuan bakal menyampaikan keputusan bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Keputusan itu akan disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria selepas mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun 2013.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Keputusan akan disampaikan di Mahkamah persekutuan lebih kurang pada pukul 9 pagi.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang melepas dan membebaskan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan salah dan hukuman gantung yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Kedua polis tersebut telah dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Okt dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mereka menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya.


Ini Kronologinya...

PUTRAJAYA: Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya: 2006:

2006
26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.

6 Nov:  Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.

7 Nov:  Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.

16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.

2007:
19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.

2008:
31 Okt: Mahkamah Tinggi membebaskan Razak tanpa memerintahnya membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar dan memerintahkan mereka membela diri.
14 Nov: Timbalan pendakwa raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan tidak akan merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.

2009:
15 Jan: Azilah dan Sirul Azhar memulakan pembelaan diri. Azilah memberi kenyataan bersumpah dari kandang saksi.
4 Feb: Sirul Azhar memberi kenyataan bela diri dari kandang tertuduh.
9 April: Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan dihukum gantung sampai mati.
10 April: Azilah memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.
13 April: Sirul Azhar memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.

2013:
24 Jun: Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kedua-dua mereka.
23 Ogos: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan oleh Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka dari tuduhan berkenaan. Pendakwaan memfail rayuan pada hari yang sama.

2014:
23 Jun: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan pihak pendakwaan. Perkara itu didengar selama tiga hari.
25 Jun: Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan mereka terhadap rayuan pendakwaan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.