Terkini!!! Chong Wei Saman Razif Sidek, Akhbar Kerana Tuduhan ‘DOPING’.. Jom Terjah!!!


Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengesahkan hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razif Sidek dan sebuah akhbar Melayu kerana menuduh beliau terbabit dengan pengambilan dadah terlarang.
Beliau memberitahu The Star Online surat tuntutan saman dihantar melalui pejabat peguamnya Song and Partners kepada Razif minggu lepas.
"Tuduhan itu tidak benar. Hanya kerana saya ada kes 'doping' sekarang, kamu tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati. Adakah dia mempunyai bukti menyokong dakwaannya?" beliau dipetik berkata portal berita itu.
Pada November 11, Razif yang juga bekas pemain badminton negara dilaporkan akhbar Kosmo sebagai berkata, Lee sudah lama menggunakan dadah seperti hasil ujian 'doping' awal bulan lepas.
Katanya, ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Lee tetapi tiada yang berani bersuara kerana kredibilitinya sebagai seorang jaguh dunia.
Malah, Razif dilaporkan berkata, Lee sanggup mengupah seorang doktor dari luar negara bagi tujuan itu.
Sebuah portal berita lain memetik Lee berkata hari ini, Razif sudah menghubunginya dan meminta maaf kerana membuat kenyataan itu selepas menerima surat tuntutan daripada Lee.
"Tetapi, apa yang terjadi sudah terjadi," dia dipetik berkata dengan nada marah sambil memberitahu portal itu yang ketika berita itu mula-mula dilaporkan, beliau cuba menghubungi Razif tetapi tidak berjaya.
"Saya tak boleh biar begitu sahaja kerana dia memfitnah saya. Sebagai bekas pemain badminton, dia seharusnya sedar dia tidak patut membuat tuduhan palsu kepada saya, terutamanya saat saya sedang menghadapi kesukaran.
"Beliau bukan sahaja menyakiti saya, malah seluruh negara dengan kenyataannya itu," katanya kepada portal berita itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chong-wei-saman-razif-sidek-akhbar-kerana-tuduhan-doping#sthash.W5etBzEM.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.