Al-Fatihah!!! Ketua Pengarah JASA,Datuk Fuad Hassan Meninggal Dunia..


Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan 62 tahun meninggal dunia jam 12.20 malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan akibat serangan sakit jantung. 

Datuk Fuad Hassan dipercayai terkena serangan jantung ketika menghadiri majlis makan malam bersempena penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu, malam tadi. 



Abang Allahyarham Tan Sri Musa Hassan berkata, adiknya disahkan meninggal dunia selepas dirawat di hospital berkenaan apabila rebah ketika menghadiri satu majlis makan malam yang diadakan kelmarin di Kemaman, Terengganu.

Datuk Fuad Hassan adalah anak kedua kepada tokoh pengajian Al-Quran Tan Sri Hassan Azhari manakala Tan Sri Musa Hassan yang juga abang sulung kepada Allahyarham adalah bekas Ketua Polis Negara kita. Datuk Jalaludin Hassan, seorang pelakon juga adalah abang kepada Allahyarham.


Berikut adalah butiran maklumat  mesej WhatsApp tentang perancangan majjlis pengkebumian janazah Allahyarham yang saya terima secara peribadi dari Tan Sri Musa Hassan sebentar tadi :


" Tan Sri Musa Hassan: PERGERAKAN JENAZAH


Jenazah Allahyarham Dato Fuad Tan Sri Hassan akan di ambil oleh Pihak PDRM dan akan di mandikan serta di kafankan di IPD Kuantan.  


Sebaik sahaja  selesai, jenazah akan terus dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor. 


Jenazah akan di kebumikan seawal jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.


Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham."



 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.... Al Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.