ToDiaa!!! Inilah Punca Pemimpin PKR Dan DAP Tidak Turun Berkempen Untuk Calon PAS.. Jom Terjah!!!

prk pengkalan kubor

PENGKALAN KUBOR: Pengarah Operasi PAS PRK N.01 Pengkalan Kubor, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pemimpin tertinggi parti dari PKR dan DAP mempunyai sebab tersendiri yang memaksa mereka tidak dapat hadir berkempen bersama PAS.
Kenyataan itu menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa PAS ‘bekerja’ sendiri bagi memastikan kerusi Pengkalan Kubor berjaya dirampas dari Umno.

“Mereka bukan tidak mahu datang untuk membantu kita berkempen bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS, tetapi mereka mempunyai alasan yang tersendiri,”katanya.

Jelas beliau pemimpin tertinggi PKR tidak dapat hadir kerana mereka sibuk dengan proses perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagi DAP, sebelum ini mereka pernah menyatakan kepada PAS bahawa kebanyakkan pengundi di kawasan Pengkalan Kubor terdiri daripada bangsa Melayu.

“Adalah tidak sesuai mereka datang untuk berkempen kerana jumlah pengundi Cina hanyalah 100 orang sahaja.

“Bagi saya tidak timbul soal ketidaksefahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran daripada krisis yang berlaku di Selangor,” tambah beliau.

Jelas Tuan Ibrahim lagi, PAS saling bekerjasama dengan PKR terutamanya pemimpin negeri.

“Seramai lapan wakil PKR negeri menjadi Ahli jawatankuasa bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Pengkalan Kubor.

“Kerjasama kami sangat kuat dan tidak timbul ketidaksefahaman parti. Tujuan kami hanyalah satu, memastikan kemenangan calon PAS di DUN ini,” katanya. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.