Terkini!!! Safwan Anang Dijatuhkan Hukuman Penjara 10 Bulan.. Jom Terjah!!!!



KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Lensa, Muhammad Safwan Anang @ Talib dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya, tahun lalu.

Hakim Norsyaridah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Bagaimanapum mahkamah membenarkan penangguhan pelaksaan hukuman penjara bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu sementara proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun wang jaminan ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM15, 000.

Pada 29 Mei tahun lalu, Safwan, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.