Terkini!!! Krisis MB Selangor: "Cukup La... Mari Kita Fikir Pulak Masalah Kebajikan Rakyat.." Ingatan PAS Selangor, Jom Terjah!!!


SHAH ALAM - Titah Sultan Selangor yang dukacita dengan tindakan PKR dan DAP dalam merungkai kemelut jawatan menteri besar menyebabkan rakan sekutu perikatan itu memohon kedua-dua parti berkenaan akur kepada perintah istana.

"Pas Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan baginda tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang telah berlaku.... kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi Raja ini.

"Cukup la... mari kita fikir pulak masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," ujar setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairuddin, Pas Selangor yakin kemelut yang melanda ini boleh diselesaikan dan mengharap ianya dapat dirungkai segera.

"Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan PKR dan DAP mengemukakan satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan kedua-dua parti itu disifatkan telah mengingkari titah Sultan Sharafuddin supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar.
    
"Dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon menteri besar Selangor yang baharu daripada ketiga-tiga parti dalam PR seperti mana titah D.Y.M.M Sultan Selangor dalam surat bertarikh 27 Ogos 2014.

"Namun demikian hanya parti Pas yang akur dengan titah D.Y.M.M Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor manakala DAP dan PKR masing-masing telah mengemukakan satu nama yang sama iaitu (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Munir berkata, tindakan kedua-dua parti itu bukan sahaja menggambarkan kebiadapan mereka terhadap institusi beraja tetapi juga merupakan perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.