Fuhh!!! "Pendakwaan Terpilih" Mengapa Hanya Orang Melayu Seperti Kiki Didakwa? Jom Terjah!!!

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menganggap pihak berkuasa membuat "pendakwaan terpilih" kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Facebook yang menurutnya telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

Beliau merujuk kepada tulisan pemuda yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook, yang berang kerana bacaan ayat suci dialunkan dari sebuah masjid seawal jam 6.45 pagi, dipercayai semasa sambutan hari raya.

Mohd Razlan berkata, pembuli jalan raya Siti Fairrah Ashyikin
Kamaruddin sangat pantas disiasat, didakwa dan dihukum tanpa laporan polis dibuat terhadapnya.

Sama juga dengan kes yang melibatkan pendakwah Ustaz Shahul Hamid segera disiasat selepas dia didakwa membuat kenyataan bersifat perkauman, katanya.

Tetapi, katanya, setelah tujuh hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan polis telah dibuat dan postingnya tersebar luas di laman sosial seperti popularnya Kiki.

"Apa istimewanya Kelvin Yip berbanding Kiki dan  Ustaz Shahul?" katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu fobia berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.

"Ramai yang beranggapan, kemungkinan kaum Cina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tetapi kalau ianya berlaku kepada orang Melayu, kaum ini akan ambil mudah dari sudut undang-undang.

"Ramai yang berfikir bahawa ia mungkin kerana China akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa, manakala jika ia berlaku kepada orang Melayu, mereka tidak akan mengambil perhatian serius dari sudut undang-undang berpendapat," tambahnya.

Sebelum ini Siti Fairrah, yang lebih dikenali sebagai Kiki, didenda RM5,000 dan diperintahkan melakukan 240 jam khidmat masyarakat kerana memukul kereta Sim Hiak Hong, dengan kunci stereng.

Kiki menjadi terkenal selepas video dia memukul kereta Sim selepas satu kemalangan, tersebar luas melalui media sosial.

Sementara itu, Shahul pula menjadi sasaran selepas tersebar video ucapannya yang menggesa umat Islam supaya jangan membeli serbuk kari dari syarikat-syarikat "Hindu" seperti Alagappa dan Baba.

Beliau kini disiasat di bawah akta Hasutan.

Jumaat lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkataKelvin Yip harus dikenakan tindakan sepertimana  Kiki, walaupun dia telah membuang postingnyadan telah meminta maaf.

""Kiki minta maaf tapi kena dakwa (dan sememangnya patut). Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit, biar muktamad. Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum,'' kata Khairy di Facebook.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.