BERAPI!!! Nasib 2 ADUN PAS Sokong Wan Azizah Sebagai MB Selangor, Apa Kesudahannya? Jom Terjah!!!

Saari Sungib (kiri) dan Hasnul Baharuddin rela meninggalkan PAS demi memastikan Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar Selangor.

PETALING JAYA: PAS Selangor telah diarahkan untuk menyediakan suatu laporan mengenai dua wakil rakyatnya yang menentang keputusan Majlis Syura dan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dipetik dalam Harakah Daily telah menghubungi Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad, dan meminta laporan penuh mengenai isu itu.

Parti itu dijangka akan mengadakan mesyuarat Ahad ini untuk membuat keputusan sama ada bersetuju Wan Azizah menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib telah menyatakan sokongan mereka pada sidang akhbar bersama Dr Wan Azizah sebelum ini pada Khamis.


Sidang akhbar bersama wakil-wakil PKR dan DAP telah diadakan sebagai tanda sokongan majoriti untuk Dr Wan Azizah di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Hasnul dan Saari berkata mereka akan menyokong Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu secara terbuka telah menyokong Khalid, yang dipecat dari PKR Sabtu lalu.


Berita sebelumnya...

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikecam kerana terlalu taksub  menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik  sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sehingga bertindak membelakangi parti.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya kecewa apabila Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin memilih untuk mengingkari arahan pimpinan PAS supaya terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri sedia ada sehingga pendirian rasmi parti dibuat Ahad ini.

"PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulama yang harus kita patuh.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini?" katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pendirian Saari dan Hasnul yang sedia meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas jika pucuk pimpinannya menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Sehubungan itu, kata Mohd Khairuddin, PAS Selangor mengarahkan supaya kedua-dua wakil rakyat itu menarik balik pendirian mereka dalam tempoh 24 jam.

"Tindakan dua Adun PAS di Selangor yang membelakangkan pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi kesan ekoran tindakan mereka," katanya.


1 comments:

  1. (ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ )

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.