TuDiaa!!! Inilah Punca Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Lucah, Alvin Tan.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR 12 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog Alvin Tan setelah tertuduh gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah yang sebelum ini diberikan untuk tujuan penggambaraan di Singapura.

Alvin dan rakannya Vivian Lee menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut. 

- UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.