Kecoh!!! Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail Boleh Dianggap Murtad : Ustaz Zamihan Mat Zin.. Jom Terjah!!!

Satu NGO Islam menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail boleh dianggap murtad jika menganggap naskhah Bible yang dirampas sama dengan kita yang diperturunkan kepada para nabi.

Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia melalui kenyataan presidennya Zamihan Mat Zin menyebut, Abdul Gani tidak layak memegang jawatan berkenaan jika berpegang pada pendirian tersebut.

"Kenyataan ini bertentangan dengan akidah Islam yang menegaskan bahawa Bible atau Injil sekarang telah diubah atau ditokok tambah oleh tangan-tangan manusia.

"Jika beliau tetap berpegang dengan doktrin ini beliau jelas menyeleweng dari ajaran Islam dan boleh menyebabkannya murtad.

"Maka beliau tidak layak menjadi peguam negara. Bahkan perlu melepaskan jawatan berkenaan kerana banyak permasalahan perundangan negara tidak boleh diselesaikan beliau dengan baik," kenyataan itu dipetik.
-MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.