Bila Mana Dyana Sofya Bersuara : Tidak Bercadang Langsung Keluar DAP - Ramalan Tunku Abdul Aziz Meleset.. Jom Terjah!!!!


KUALA LUMPUR - Calon DAP bagi pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang baru berlalu, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan akan meninggalkan parti DAP ekoran kekalahan beliau.
 
Dyana Sofya berkata DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada  dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya.
 
"Saya akan tetap berjuang bersama DAP, tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 di sini hari ini.
 
Dyana Sofya merupakan seorang daripada peserta persidangan itu.
 
Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu. 
 
Tunku Abdul Aziz berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP. 
 
Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, pada PRK Teluk Intan Sabtu lepas.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.