Alhamdulillah!!! TG Presiden PAS Selamat Tiba Di Tanah Air, Masih Perlukan Rehat Lagi... Moga Cepat Sembuh!!!



SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat tiba di tanah air petang semalam selepas menjalani rawatan perubatan di hospital di Istanbul, sejak bulan lalu.

Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan mendapat rawatan di hospital berkenaan akibat komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.


Menurut Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, walaupun kesihatan Abdul Hadi sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu.

"...diminta ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lain dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti serta masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di  Istanbul ketika menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.