Terbaru!!! WoW Ramainya Manusia: Suasana dan Gambar2 Himpunan Derita Rakyat - Baling 2.0.. Jom Terjah!!!

Taklimat Presiden PAS Liqa' Pemuda Di Baling.



BALING: Sifat manusia itu memerlukannya mengejar masa untuk menyambung segala kebaikan dan tidak menangguh sebarang kemaarufan, demikian dijelaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Beliau berkata demikian sebagai menghurai tafsir surah al-'Asr pada Liqa' Pemuda di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini. Pemuda serunya, perlu menggunakan masa muda yang penuh keberanian, kekuatan dan semangat dengan memperbanyakkan beribadah, bermasyarakat, berkasih sayang, menahan godaan nafsu, menafkahkan harta serta berzikir.

Katanya, walaupun manusia berkemampuan membangunkan tamadun, manusia memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT. Oleh itu tegasnya, persoalan keimanan perlu menjadi perhatian utama dalam menggerakkan agenda perjuangan dan disertai dengan istiqamah serta diperkuatkan dengan amal.

(Sambungan baca slps gambar2 di bawah)































Iman terang Tuan Guru, turut terkait dengan keadilan iaitulah keadilan menurut neraca Allah SWT. Sifat itu katanya, terdapat kepada pemimpin yang menegakkan syariat Allah SWT. Perjuangan dan amal itu terangnya lagi, akan menambahkan iman apatah lagi apabila wujud pertembungan dengan musuh.

Selain itu, perjuangan juga hurai beliau, perlu digerakkan bersama agenda kebajikan meliputi segala aspek muamalah manusia dan dalam mengurus semua itu baik berhadapan cabaran dalaman mahupun luaran, mestilah dihadapi dengan sabar kerana sabar itulah sifat takwa.

Demikian itu, tegas Ustaz Abdul Hadi, jangan ditangguh segala gerakerja perjuangan dengan alasan berkaitan masa. Mengakhiri pembentangan, beliau menghuraikan kepentingan untuk saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran serta kesabaran. (HD)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.