BERAPI!!! Pelakon Shahrizal Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Serbuan : Pegawai Jais.. Jom Terjah!!!

Shahrizal Jaszle
Gambar fail pelakon Shahrizal Jaszle ketika hadir ke mahkamah bagi tuduhan khalwatnya pada 12 November 2013.

PETALING JAYA: Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi
, 30,  berkata,  ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan,  ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.

Katanya,  ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank,  Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.
Shahrizal Jaszle 2
Shahrizal Jaszle

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala  pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013,  Shahrizal dan pasangannya  Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.

Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.