Allahu Rabbi!!! Inilah Gambar2 Kebakaran Yang Berlaku Di Maktab Mahmud Alor Setar.. Jom Pakat Bantu!!!





ALOR SETAR - Sebuah daripada lima bilik asrama lelaki Maktab Mahmud di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, dipercayai akibat litar pintas.

Kebakaran kira-kira jam 11.30 pagi itu memusnahkan keseluruhan bilik asrama di bangunan dua tingkat yang berusia lebih 40 tahun itu yang menempatkan lebih 20 pelajar.


Seorang pekerja koperasi maktab, Muhammad Faiz Azhar Mohd Fauzi, 22, berkata beliau yang ketika itu berada di dalam koperasi yang terletak di bawah bangunan itu terhidu bau hangit dan melihat asap dan api dari sebuah bilik asrama.


Beliau kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada guru-guru yang sedang berada di kantin berhampiran bangunan tersebut.


"Saya nampak api marak dan cermin kaca bertaburan. Saya juga sempat selamatkan duit dan beberapa barangan dalam koperasi. Syukur kerana sebahagian bangunan sahaja yang terbakar," katanya kepada pemberita ditemui di tempat kejadian.




Muhammad Faiz berkata ketika kejadian, penghuni asrama sedang berada di kelas yang terletak tidak jauh dari asrama mereka.

Selain asrama, bangunan itu turut menempatkan kantin asrama lelaki, koperasi dan bilik menyimpan kertas peperiksaan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Johari Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.39 pagi dan menghantar tiga jentera beserta 15 anggota dapat memadam kebakaran dua jam kemudian. 




- Gambar : Sahabat FB
- Berita: Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.