HANGAT!!! Keputusan SPM Hari Ini.. Jom Buat Semakan Keputusan SPM 2013 Online & SMS, Jom Terjah!!!

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2013) akan diumumkan pada hari ini, Khamis, 20 Mac 2014. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. Bagi calon persendirian pula, keputusan SPM mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri. Keputusan SPM 2013 boleh disemak secara online atau melalui SMS.
Semakan secara online

http://lp.moe.gov.my/semakan/

Semakan secara online boleh dibuat melalui 
SAPS Untuk Semakan Ibubapa.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:SAPS semakan ibubapa
  5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan online SAPS ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.
Semakan melalui SMS
Perkhidmatan mySMS untuk keputusan SPM 2013 akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 20 Mac dan berakhir pada 11:59 malam 26 Mac 2014.
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPM 2013 melalui SMS:
  1. Taipkan: SPM[No Kad Pengenalan][No Angka Giliran]Contoh: SPM  941114035243  ABC123456
  2. Hantarkan SMS ke 15888
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.