Gempar Giler!!! MB Selangor Buat Bikin Gempaq Lagi.. Pengerusi PKR Bakal Digugur Dari PKNS, Ini Ceritanya.. Jom Terjah!!!


Isu pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini semakin hangat apabila ura-ura sejak Oktober lalu menyatakan Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali bakal digugurkan dari memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS mewakili komponen parti PKR untuk penggal ini bakal terjawab.

Menurut sumber, PKNS telah menghantar surat kepada Azmin memberitahu beliau tidak dipilih semula menganggotai ahli Lembaga Pengarah PKNS untuk penggal baru, kira- kira jam 11 pagi semalam.

Azmin bagaimanapun dalam kiriman SMS kepada Sinar Harian hanya menjawab 'Ya' ketika ditanya mengenai perkara itu.

Selain Azmin, wakil komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang dipilih menganggotai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ialah bekas Adun Kinrara, Teresa Kok mewakil DAP manakala Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad mewakili Pas.

Menurut sumber dari PKNS, Menteri Besar yang juga Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS pada 20 Januari ini, di mana mesyuarat ini amat dinanti-nantikan bagi merungkai persoalan barisan pengurusan baru yang dirombak.

Sumber berkata, dijangkakan Abdul Khalid akan membuat pengumuman rasmi dua keputusan besar dalam mesyuarat tersebut iaitu pelantikan pengurus besar PKNS yang baharu dan pengumuman wakil komponen Pakatan Rakyat yang bakal menganggotai Ahli Lembaga Pengarah PKNS untuk penggal ini.

Katanya, DAP dijangka akan mengumumkan wakil baharunya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS menggantikan Teresa yang digugurkan secara automatik kerana sudah tidak menjadi wakil rakyat di Selangor.

Mengenai jawatan pengurus besar, Pengurus Besar PKNS, Omar Othman sebelum ini menyatakan hasrat untuk tidak memperbaharui kontrak beliau yang bakal berakhir 31 Januari ini.

Difahamkan Othman telah menghantar surat itu kepada pejabat Menteri Besar. Status mengenai individu yang bakal menerajui PKNS sehingga kini masih menjadi tanda tanya selagi Menteri Besar belum membuat pengumuman rasmi.

Bagaimanapun, belum pun keputusan rasmi diumumkan, difahamkan sudah ada pemangku Pengurus Besar PKNS iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan (KDEB), Azlan Md Alifiah dan beliau juga dikhabarkan bakal menggantikan Othman pada Februari.

Desas-desus pengganti Othman itu didakwa diputuskan dalam mesyuarat Menteri Besar Incorporated (MBI).

Keputusan itu juga dikatakan wujud campur tangan MBI, sedangkan PKNS bukan anak syarikat di bawahnya dan mengikut enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), ia seharusnya diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri ahli lembaga pengarah perbadanan itu sendiri.

Difahamkan juga, pelantikan pengurus besar baru turut dipertikaikan kerana jawatan Pengurus Besar PKNS perlu dipilih daripada penjawat awam yang dilantik daripada satu jawatankuasa perjawatan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bukannya campur tangan MBI.


~ Sinar Harian

1 comments:

  1. ooo ini dakwa mendakwa la...belum diputuskan lagi...kira macam firnahla jugak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.