Al-Fatihah!!! Jenazah Azean Irdawaty Akan Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Sebelum Zohor.. Takziah!!!



Azean Irdawaty
Azean Irdawati

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia pada jam 8.26 malam tadi.
Bintang filem terkenal itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Beliau sebelum ini dilapor menghidap sakit barah.
Pemergiannya dianggap sebagai satu kehilangan besar buat dunia perfileman tempatan khasnya dan negara amnya.

Ini kerana Allahyarhamah dikurniakan bakat lakonan yang sangat baik dan boleh membawa pelbagai watak lakonan dengan mantap.
Sementara itu, media melaporkan aktres veteran ini telah dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu.
Ini kerana keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat.
Azean Irdawaty menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.
Dalam pada itu, anak sulung Allahyarham, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim memaklumkan keluarganya redha dengan pemergian ibunda tercinta.
Beliau memberitahu, ibunya mengalami penyakit tumor.
Jenazah Azean Irdawaty telah dibawa ke kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Berdasarkan maklumat awal, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum waktu Zohor hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.