Gempar!! Ada MP Pakatan Rakyat Bakal Digantung 6 Bulan Dari Dewan Rakyat, Menteri Akan Bentang Usul Hari Ini.. Jom Terjah!!!


Satu usul untuk menggantung MP Padang Serai, N Surendran selama enam bulan dari Dewan Rakyat akan dibentang oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri esok.

Perkara itu diketahui melalui satu notis hijau yang diletakkan di atas meja anggota Parlimen dalam dewan Rakyat.

Ia dibuat susulan satu sidang media oleh Surendran di lobi Parlimen semalam selepas diusir daripada dewan kerana cuba membentangkan usul tergempar perobohan kuil di Jalan P Ramlee.
NONEBeliau didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang Dipertua
Dewan sebagai "speaker yang bias (berat sebelah)" dan mengeluarkan "fakta yang tidak benar".

"Tuduhan-tuduhan ini adalah penghinaan kepada Yang Dipertua Dewan yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan ini dan demikian bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat," notis itu dipetik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu ditemui Malaysiakini berkata usul itu akan dibentangkan seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri.

Surendran sebelum ini juga pernah diusir daripada sidang dewan apabila cuba membentangkan usul tergempar pembunuhan P Karuna Nithi.

Pada sidang Parlimen ke-12, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, MP Gombak, Azmin Ali dan MP Subang, Sivarasa Rasiah digantung selama enam bulan apabila membangkitkan isu slogan 1Malaysia yang didakwa diciplak dari Israel.

Sebelum itu, MP Puchong, Gobind Singh Deo juga digantung selama setahun apabila mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang "pembunuh" sewaktu sidang dewan berlangsung.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.