Terkini!! PRK N20 Sg Limau: (Video) Ucapan Sulung Calon PAS Selepas Selesai Proses Penamaan Calon.. Jom Saksikan!!!




Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pas, Mohd Azam Abd Samat dan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Pengumuman itu dilakukan Pegawai Pengurus PRK, Abdul Rashid Othman di pusat penamaan calon, di Dewan Datuk Madi di Yan, Kedah, pagi ini.

Mohd Azam yang dipetik dalam laporan HarakahDaily berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab diamanahkan parti dan akan meneruskan legasi yang ditinggalkan bekas Adun kawasan berkenaan, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.



Beliau berkata, tanggungjawab terbabit cukup berat dan besar bagi meneruskan kemenangan Pas selama lima penggal di Dun berkenaan.

“Saya cukup terharu apabila diberikan amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili Pas pada PRK kali ini.

“Ini adalah tanggungjawab yang cukup berat untuk saya laksanakan terutama bagi mengekalkan kemenangan yang diperoleh Pas selama lima penggal,” katanya.

Dun Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai mempunyai 27,287 pemilih berdaftar dengan 40 peratus daripadanya adalah pengundi muda dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian, pada 4 November ini.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.