Terkini!!! PRK N20 Sg Limau - Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar Beri "AMARAN"? Jom Terjah!!


YAN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada mana-mana penyokong parti politik agar tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh penamaan calon, berkempen dan hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau nanti.
"Masyarakat DUN Sungai Limau merupakan pengundi yang matang dan mereka tidak memerlukan sebarang provokasi politik," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada polis Kedah mengenai persiapan menghadapi PRK DUN Sungai Limau di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

Kata Khalid, polis sudah bersedia sepenuhnya dalam memastikan keselamatan terkawal dan semua pengundi bebas untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada 4 November nanti. 
- KOSMO! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.