Terkini!!! Hebat & Berwibawa: Ustaz Azam Samad Calon 'Favorite' Para Pengundi Bagi PRK DUN N20 Sg Limau.. Jom Terjah!!



ALOR SETAR – Pemilihan calon yang tepat untuk mewakili Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November ini dilihat menjadi semakin rumit apabila seorang lagi calon yang merupakan pemimpin Pas Kawasan Jerai juga disebut-sebut mungkin tersenarai dalam pencalonan tersebut.



Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Azam Samad, 37, disebut-sebut antara calon yang mungkin akan mewakili Pas pada PRK Dun Sungai Limau nanti.


Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.


Azam mungkin menjadi calon pilihan kerana beliau cukup dikenali semasa era Allahyarham Azizan di Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala suatu ketika dulu yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Menurut sumber Pas Kawasan Jerai, Azam mungkin calon yang sesuai kerana mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain tidak mempunyai musuh dalaman serta mampu memerangkap agenda BN.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan Kuala Sedaka.

“Beliau boleh mematikan hujah mereka (BN) kerana mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

“Dulu, datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh. Beliau juga mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat setempat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, ibunya yang dikenali sebagai Ustazah Maryani juga adalah merupakan Aktivis Muslimat Pas Kawasan Jerai. Sementara bapanya juga amat aktif dalam parti sebelum meninggal dunia pada tahun 2003.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, antara calon yang disebut-sebut akan mewakili Pas ialah orang yang paling rapat dengan Allahyarham Azizan di Dun Sungai Limau.

Setiausaha Pas Kawasan Jerai, Muzaini Azizan yang juga Pegawai Khas bekas Menteri Besar Kedah itu sudah lama menjaga kawasan itu dan sering mewakili Azizan bagi program-program setempat.

Muzaini mungkin menjadi calon pilihan kerana keakraban beliau dengan Azizan, malah ketokohan beliau menguruskan kawasan sejak ketiadaan Azizan termasuk ketika Azizan kerap keluar masuk hospital tidak perlu lagi dipertikaikan.

Seorang lagi calon yang mungkin disenaraikan ialah Setiausaha Pas Kedah, Musaddak Ahmad, yang juga calon bagi Dun Guar Chempedak pada PRU13 lalu.

Musaddak juga sering turun padang di kawasan itu berikutan penyandang jawatan Ketua Penerangan Pas Kawasan Jerai. Beliau dikatakan mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan negeri mahupun Pusat memandangkan banyak terlibat dengan program kerajaan negeri, ketika Kedah ditadbir oleh PR.

Dalam pada itu, anak kepada ulama juga pengasas Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar, Mohd Muaz Othman al-Yunusi juga disebut-sebut kemungkinan tersenarai.

Mohd Muaz merupakan Ketua Pemuda dan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Limau, dan sudah tentu berpengaruh kuat di kawasan itu.

Kesemua calon itu ternyata menepati kriteria yang disebut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, di mana Pas akan ketengahkan calon muda serta mampu memikul tanggungjawab mempertahan Dun Sungai Limau.


Oleh: MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI 
Tarikh: October 8, 2013

1 comments:

  1. gua sokong siapa sahaj menjadi calon PAS asalkan bukan kelompok UG

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.