Hangit!!! PRK N.20 Sg. Limau: Fitnah Terlampau...

Yusrin Zakri Adnan

Berikutan tersebarnya SMS yang menggunakan nama Dato’ Phahrolrazi Zawawi, YDP Pas Kuala Kedah dan Dato’ Amiruddin Hamzah, TYDP Pas Kuala Kedah,maka kami dari Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah mengemukakan pendirian seperti berikut :

1- Mengutuk sekeras-kerasnya sikap politik fitnah yang digunakan oleh sebahagian pihak dalam kempen PRK N20 Sungai limau. Ketika di hadapan rakyat, mereka menyatakan kesedian untuk mengamalkan politik damai yang jauh dari segala tohmahan, caci maki dan fitnah namun di belakang mereka telah melanggar segala janji tersebut.


2- DPPKK berpendapat bahawa pihak yang bertanggungjawab harus tampil ke khalayak dan mengemukakan hujjah agar budaya politik fitnah yang mewarnai pentas politik Malaysia dapat dihentikan.Ketika PR sudah lama melaungkan politik matang yang berpaksikan kepada hujjah, masih wujud golongan yang sentiasa secara konsisten menggunakan senjata fitnah dan adudomba sebagai bahan meraih sokongan rakyat.


3- DPPKK amat amat kecewa dengan sikap syarikat pengendali talian khususnya Celcom yang tidak menjaga sensitiviti maklumat pelanggan sehingga boleh digunakan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab. Sikap seperti ini amatlah buruk lebih lebih lagi syarikat menjana keuntungan dari rakyat, akhirnya rakyat yang dikhianati.


4- DPPKK sedang dan akan berusaha untuk mencari jalan bagi pihak mangsa yang terlibat untuk mendapat dan mempertahankan hak samada mengadu kepada tribunal pengguna atau menggunakan apa-apa saluran undang –undang yang berkaitan maklumat peribadi.


5- DPPKK juga mendesak kepada SKMM untuk mengambil tindakan tegas kepada syarikat pengendali talian supaya perkara seumpama ini tidak akan berulang.Melengahkan tindakan atau mengabaikan desakan ini akan menyebabkan SKMM dilabel sebagai pihak yang diperalatkan.


6- DPPKK sebagai sayap kepada parti menegaskan akan sentiasa mempertahankan kepimpinan parti, dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan kami di peringkat kawasan, negeri dan pusat. Kami juga menegaskan sebarang SMS atau apa-apa risalah yang bertujuan memecah belahkan kesatuan parti adalah “makar” yang akan ditentang oleh saf pemuda.

Yusrin Zakri Adnan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.