PRK N20 Sungai Limau: Datuk Ir Amiruddin Hamzah Dilantik Sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Operasi.. Jom Terjah!!


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan bermesyuarat Khamis ini agar mengambil kira Muktamar Tahunan PAS dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan bermuktamar pada 21 hingga 24 November ini, iaitu dalam tempoh 60 hari PRK perlu diadakan.

"Harapan PAS agar pertimbangan diberi supaya tidak bertembung muktamar.
"Sebaik-baiknya SPR pertimbangkan kerana memang sukar untuk PAS mengubah tarikh muktamar yang sudah dirancang lama," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, PAS akan menunggu pengumuman dari SPR terlebih dahulu berhubung tarikh PRK tersebut sebelum memberi komen lanjut.

Katanya, isu PRK Sungai Limau ini akan disentuh pada Mesyuarat PAS Pusat pada 13 Oktober ini.

"Saya difahamkan PAS Kedah telah menubuhkan Jawatankuasa Operasi yang dipengerusikan Datuk Ir Amiruddin Hamzah," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.