Gambar2 Sekitar Kemalangan Nabila Huda Dan Anak Di Lebuhraya Karak.. Jom Terjah!!!


Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas.

“Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya..


Walaupun Nabila Huda tidak mengalami sebarang kecederaan namun si kecik molek, Keisha disahkan patah tangan dan luka pada bahagian muka.

Menerusi blog rotikaya dan beautifulnara, beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri kira-kira lewat pagi tadi itu telah tersebar di laman maya untuk tatapan dan pengetahuan umum.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.