Terkini!!! Malaysia Tewas 2 - 0 Kepada India Peringkat Separuh Akhir Kejohonan Hoki Piala Asia 2013.. Jom Terjah!!!


Malam ini akan berlangsung perlawanan peringkat separuh akhir membabitkan pasukan negara menentang India bagi kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Perlawanan sengit ini bermula agak lewat iaitu pada jam 9.45 malam dan bersiaran secara langsung di ASTRO Supersport 801.

Pasukan India yang menghuni tangga ke-11 dalam ranking dunia tentunya bukan lawan mudah bagi skuad kebangsaan yang berada di ranking ke-13 dunia dan mereka harus bermain bermati-matian untuk mencapai kemenangan yang amat diharapkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Apapun, bola hoki itu bulat dan sebarang kejutan boleh sahaja berlaku bila-bila masa. Tiada perkara yang mustahil jika semangat tinggi dan tidak mudah berputus asa diterapkan dalam pasukan Malaysia. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan antara Malaysia menentang India.

Malaysia (0) vs (2) India

Senarai penjaring gol :

  1. Ramachandra 8' (INDIA)
  2. Mandeep 61' (INDIA)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.