PANAS BERAPI!!! DS Anwar Ibrahim Dihalang Melawat Pengerusi MyWatch, Sanjeevan di Hospital Serdang, Timbul Tandatanya? Jom Terjah!!!



P. Ramakrishnan

SERDANG – “Berhenti buat sebarang andaian.” Itu tegas P. Ramakrishnan, bapa kepada pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang cedera ditembak lelaki tidak dikenali di Taman Awana Indah, Jempol Negeri Sembilan, Selasa lalu.
Beliau yang ditemui di Hospital Serdang menegaskan, perkara itu perlu diserahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menyelesaikan kes berkenaan.
“Saya tidak mahu memanipulasi isu ini, saya tidak mahu membuat spekulasi dan andaian di peringkat ini saya hanya serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kerana saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka,” katanya.
Menurutnya lagi, keadaan anaknya masih tidak berubah.
Malah katanya, pihak hospital tidak dapat melakukan pembedahan untuk mengeluarkan peluru tembakan kerana bimbang keadaan Sanjeevan yang masih belum stabil.
“Keadaan anak saya pada masa ini masih sama dan peluru masih lagi di dalam bahagian abdomennya,” katanya.
Sementara itu, Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat mangsa tembak itu dihalang oleh pengawal atas faktor keselamatan.
Kehadiran Anwar di Hospital Serdang sekitar jam 12.30 petang itu membuatkan keadaan di Cardiovascular Intensive Care Unit (CICU) agak kecoh sehingga pengawal terpaksa mengetatkan kawalan keluar masuk ke wad berkenaan.
“Saya setuju kawalan, saya setuju rawatan itu baik, tetapi untuk menghalang teman-teman rapat untuk menziarah itu keterlaluan,” kata Anwar ketika ditemui di lobi Hospital Serdang.

Oleh Azizi Sunip 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.