Tahniah!! HADI Dilantik Ketua JSJ Bukit Aman.. Jom Terjah!!

Hadi Ho
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Hadi Ho Abdullah dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuatkuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang kini Timbalan Ketua Polis Negara.
Hadi Ho, 59, akan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP), menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.
Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Perak SAC Mohd Ab Rahman Harun pula dilantik sebagai Pegawai Khas PDRM kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA, Kementerian Dalam Negeri ACP Jamaludin Ibrahim dilantik sebagai Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dengan memangku pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muar, Johor dengan memangku pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Briged Tenggara, Supt Rooslan Radzi dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dengan memangku pangkat ACP.
Penolong Pengarah (Teknikal/Surveillance) JSJ Narkotik Bukit Aman Supt Ab Rahman Nawi pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Risikan Zon 1, JSJ Narkotik Bukit Aman, memangku pangkat ACP.
Menurut kenyataan itu, pertukaran dan kenaikan pangkat berkenaan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan PDRM. 
BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.