Ya Allah Ya Rabbi!! Apa MP Pasir Mas Yang Juga Anak TG Nik Aziz Dah Buat? Saya Malaya Bising Nie... Jom Terjah!!


KUALA LUMPUR: “Saya menulis pasal 'spring', bukan himpunan bantah kezaliman. Bukankah telah acap saya menulis menyokong himpunan aman?” ujar Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya.

Baginya, himpunan aman yang besar dan aman perlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu, segar jiwanya membaca ratusan komen yang pro dan kontra, panas dan cool daripada anak-anak muda terutamanya.

Tulisan itu ada kaitan dengan laporan Utusan Malaysia hari ini yang dipetik kenyataannya di laman Facebook dengan tajuk ‘Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh’.

Akhbar pro Umno itu yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat melaporkan, seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, menurut laporan itu lagi, beliau mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Sambil mengucapkan terima kasih dengan komen anak muda ekoran laporan akhbar yang kerap kalah dalam kes saman itu, beliau berkata api selalu mencakar dan mengaum saat dipercik air.

“Saya hanya percikkan air, bukan menyimbah untuk memadamkan api kemarahan anak muda.

“Bacalah beberapa kali pesan yang pendek itu. Ia mengandungi nasihat yang bagus,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Mengenai himpunan aman yang besar dan aman, jelasnya ia memerlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih.

“Takuti provokasi tak terkawal oleh musuh PR yang sentiasa mahu mengotorkan reputasi PR yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup,” ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan tulisannya pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar dan rakyat.

Katanya, Pemuda PAS telah pun buat kenyataan rasmi yang konsisten perihal penangkapan Adam.

“Solidariti DPPM untuk Adam Adli,” tegasnya.

Beliau menegaskan, Pemuda PAS bersama anak muda berada di barisan hadapan menentang penyalahgunaan kuasa dan undang-undang yang membunuh hak dan kebebasan rakyat.

“Beruntunglah bumi ini, dijadikan Allah antara panas dan cool,” ujarnya.

1 comments:

  1. “Beruntunglah bumi ini, dijadikan Allah antara panas dan cool,” ujarnya.


    Hahahahahha beruntunglah kerana kamu anak kepada Nik Aziz.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.