Terkini!! Tamrin, Haris Ditahan Semula.. Jom Terjah!!

Haris Ibrahim
PETALING JAYA: Aktivis, Haris Ibrahim dan Ahli PAS, Tamrin Ghaffar telah ditahan semula selepas empat hari dibebaskan oleh majistret.
Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Haris - pemimpin Asal Bukan Umno (ABU) mengesahkan mereka telah ditahan semula pada pukul 7 malam.
Tamrin Ghaffar
"Mereka kini berada di Balai Polis Daerah Dang Wangi. Mereka telah ditahan di bawah Akta Hasutan.
"Kami tidak mengetahui apa yang sebenarnya mereka dan di mana mereka berada ketika ini," katanya ketika dihubungi The Star.
Khamis lalu, kedua-dua, Haris dan Tamrin bersama-sama Naib Presiden PKR, Tian Chua ditahan di bawah Akta Hasutan.
Bagaimanapun ketiga-tiga individu berkenaan dibebaskan keesokan harinya selepas majistret menolak permohonan reman yang dikemukakan oleh pihak polis.
Sebelum ini mereka ditahan, selepas berucap dalam satu Forum 13 May di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.