Tabik Spring!!! (Tahniah) Menteri Besar Kedah Yang Baru Lebih Hebat Dan Islamik Dari Menteri Besar UMNO Terdahulu.. Gambar Ini Buktinya, Jom Terjah!!

Alhamdulillah..jenuh dok cari gambaq lagu ni baru nak dapat..Insyallah kalau ada gambaq dia tgh bagi kuliah agama @ khatib Jumaat  nnt admin akan upload...jangan lupa..sabtu ni ada  kuliah kat Mentaloon..

Gambar Terbaik Hari Ini... Semoga ianya akan berterusan...

Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari ini memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini tepat pukul 9 pagi.
Mukhriz, 49, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Pas) sebagai Menteri Besar setelah Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Kedah dengan memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi DUN.



Ketibaan beliau di Wisma Darul Aman dengan berpakaian sut hitam pada pukul 8.45 pagi disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir; Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Kedah, Helmi Yahya; dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

Mukhriz diberikan taklimat ringkas mengenai Pejabat Menteri Besar oleh SUK selama 30 minit di tingkat tiga, pejabat baharunya itu.

Ketika berada di pejabatnya, beliau sempat berseloroh: "Sekarang kosong saja atas meja, tengok dua minggu lagi tinggi dengan fail nanti". 

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.