Kemaskini!! LIVE Keputusan PRU13 - PR Dahului BN Di Banyak Tempat.. Jom Terjah!!!


Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi.

Kini proses pengiraan sedang berlangsung.

Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.

lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang tadi dan merupakan jumlah tertinggi.

LIVE Oleh Malaysiakini dan pelbagai sumber


10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.
10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.

Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.
Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut.

10.25pm: 
DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.
Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.
10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

10.17 pm Keputusan tidak rasmi, N26 Bangi kekal milik PAS -Ust Shafie Ngah

10.15 pm Sepang PAS menang. Hanipa Maidin.

10.00 pm Di ibu pejabat PKR, skrin besar menyatakan keputusan tidak rasmi kerusi parlimen setakat ini PR 32 BN 16

10.02 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Idris Ahmad menang di Parlimen Bukit Gantang

9.58 pm Parlimen Terengganu : PAS menang di Marang, Kuala terengganu, Kuala Nerus dan Dungun

9.57 pm Keputsan Rasmi: Dato' Seri Nizar menang dengan majoriti 1206 undi!


9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

9.51 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Radzi Zainon (Dun Sg Rapat) mengalahkan Dato' Hamidah Osman dengan majoriti 3108 undi!

9.50 pm Parlimen Bukit Katil Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dilaporkan telah mengalahkan Md. Ali Rustam dari BN dengan majoriti 4000 undi

9.43 pm Temerloh

PAS : 14772
BN : 11891

Majoriti : 2881

9.42 pmMaklumat di laman pru13.pas.org menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.41 pm Tidak Rasmi : Terengganu bagi DUN ( PAS 18 : BN 14 )

9.40 pm Jika BN dah rampas Kedah, menurut laporan Sin Chew Terengganu telah jatuh ke tangan PAS.


9.30PM: Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan mengekalkan negeri tersebut dan menguasai 2/3 kerusi DUN.

9.25pm: Kiraan terbaru menunjukkan Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah Undi: 106,864

9.17 pm: Kedah terlepas ke tangan BN. Siang tadi, selepas mengundi. Dr Mahathir dah cabut ke luarnegara. Ada kaitankah?

Namun nampaknya ada negeri BN yang PAS akan rampas.

9.16 pm PJ Utara, Tony Pua (DAP) mendahului Chew Hoong Ling (BN).

DAP - 19,733
BN - 4,734

9.15 pm PAS menang di DUN Sri Serdang, Selangor

PAS 16940
BN 10211

9.12 pm TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

PKR - 27,234
BN - 25,666

9.11 pm PKR menang kerusi DUN Indera Kayangan di Perlis. Kali pertama kerusi ini terlepas dari tangan BN.

9.10 pm Parlimen Pasir Mas dimenangi calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengalahkan Ibrahim Ali. (tidak rasmi)

9.05 pm Barisan Nasional (BN) telah menang di kerusi Parlimen Igan, Batang Lupar, Betong, Limbang dan Lawas di Sarawak, menyebabkan mereka mendahului dalam Pilihan Raya 2013.Gabungan pemerintah itu juga menang di kerusi Kapit, Serian dan Kanowit di negeri yang merupakan kubu kuat mereka. -TMI

Dari harakahdaily:

8.55 pm - Parlimen Marang PAS 7664, BN 5683
8.52 pm - PKR menang di Parlimen Wangsa Maju majoriti lebih 4,000 undi hingga kini.
8.48 pm - DUN Nusajaya PAS 6708, BN 6608
8.39 pm - PAS mendahulu Parlimen Kota Bharu, PAS 9959, BN 6110
8.37 pm - PAS sedang dahului di Parlimen Kangar
8.33 pm - PAS kalah di Parlimen Batang Sadong, Sarawak.
8.23 pm - PAS mendahului BN di Shah Alam.
8.18 pm - PAS menang di DUN Selama, Perak dengan 23 undi
8.03 pm - PAS mendahului di Gua Musang
8.01 pm - DAP mendahului dengan banyak di Seputeh dan Bukit Bintang
7.58 pm - Tengku Adnan sedang mendahului Datuk Husam di Putrajaya
7.52 pm - Lembah Pantai PKR 7746, BN 7128
7.50 pm - DUN Lenggeng PAS 1924, BN 2567 untuk 10 saluran dari 30 saluran.
7.40 pm - Titiwangsa PAS 7868, BN 8226
7.41 pm - Sibuti PAS 5607, BN 9822

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.