Hangat!! Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Suarakan Kecewa Dengan PAS.. Jom Terjah!!


Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Shamsul menegaskan sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain. 

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.

Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini. 

1 comments:

  1. PKR sepatutnya buat ketetapan bahawa tidak akan mengunakan PACA, jentera PRU atau pondok panas dari ahli PAS. Baru sedap sikit nampak le kehebatan PKR tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.