BERAPI!!! PRU13: Kedah Bakal Jatuh Ke Tangan BN, Masyarakat Cina Semuanya Akan Undi BN Selepas Kehadiran PM Haji Najib Kelmarin.. Jom Terjah!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua dari kanan) diiringi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Alor Setar. — Gambar oleh Choo Choo MayALOR SETAR, 30 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa 3 di kawasan Parlimen Pokok Sena, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata projek itu akan dilaksanakan berikutan permintaan masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

“Kerajaan setuju untuk bina sekolah itu kerana permohonan yang banyak daripada masyarakat setempat dan Barisan Nasional sokong dengan apa yang kita kira terbaik untuk masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena dekat sini, hari ini.
Tanpa menyebut kos dan bila pembinaan sekolah itu akan dimulakan, Najib berkata segala perancangan projek tersebut akan diteliti sepenuhnya calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga penyandang kerusi itu.

“Dr Cheah yang akan cari tanah untuk bina sekolah itu. Segala perancangan atas dia. Tetapi, apapun kita (rakyat) kena pastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke-13 kali ini,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Sementara itu, Cheah berterima kasih kepada perdana menteri kerana keperluan bagi sekolah itu sudah lama dibangkitkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Pokok Sena.

“Saya akan memastikan segala perancangan akan dibuat seperti urusan mencari tanah dan sebagainya.
“Kita nak buat (bina) sekolah ini sebab SMJK Keat Hwa 1 dan 2 hanya terdapat di Kuala Kedah dan ini menyukarkan sebahagian keluarga Cina di sini menghantar anak mereka ke sana,” jelasnya. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.