TERKINI!! Ramai Mengatakan Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh Bakal Sertai PAS, Tetapi Bukan, Inilah Orangnya.. Jom Terjah!!


Setelah membuat beberapa penyelidikan lanjut, sebenarnya orang yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Adam Kadir.

Beliau merupakan presiden pertama Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (Pakku) yang ditubuhkan pada Mac 2010. Beliau merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara (13 Jun 1995 - 30 November 1996) .

Adam Kadir menerima ijazah Undang-Undang Perdagangan dan Korporat dari Universiti London.

Beliau pernah dilantik sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam Kumpulan Pernas, Ahli Dewan Rakyat, Setiausaha Parlimen dan sebelum itu sebagai pegawai di Bank Negara dan akhirnya mencapai kemuncak sebagaiYang Dipertua Dewan Negara.


Beliau juga menjadi ahli Jawatankuasa Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

GB lebih yakin jawapan kali ini adalah betul.

Apa-apa hal pun kita tunggu nanti 22 April ini untuk pengesahan penyertaannya ke dalam PAS seperti yang disebutkan sebelum ini:

Kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon. Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat). “Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Kepada semua GB meminta maaf di atas kesilapan tersebut yang berpunca dari kesilapan laporan akhbar terbabit dan maaf juga kepada Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Kepada Tan Sri Muhammad Taib dan Tan Sri Adam Kadir, kami menga-alukan penyertan Tan Sri-Tan Sri berdua bersama-sama rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.


-Greenboc

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.