(PANAS) Terbongkar Lagi!!! Mengapa Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis Tidak Bertanding Lagi? Jom Terjah!!



Sah Pesuruhjaya Pas Perlis, Ust Hashim Jasin tidak bertanding kali ini.Beliau mengumumkan penarikan diri dari bertanding pada PRU 13 semasa berceramah Jelajah Merdeka Rakyat Perlis malam tadi.

"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding pada PRU13" kata Ustaz Hashim Jasin.

Saya menarik diri kali ini bukan kerana saya ada salah laku, bukan kerana ditekan atau bukan kerana tidak di pilih oleh pimpinan Pas pusat ,tetapi saya dengan rela hati memberi laluan kepada muka baru bertanding pada kali ini.

Dengan nada merendah diri Ustaz Hasim berkata beliau memohon maaf kepada semua penyokong baik kawan atau lawan kerana sebagai manusia beliau tak lari dari melakukan kesilapan.

Ustaz Hashim memegang tiga penggal sebagai adun Sanglang semenjak pru 1999.Pada tahun 1988 menang pilihan raya kecil Arau dengan mendapat undi 12,864 mengalahkan calon BN.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.