Hot!!! Aura Nizar - Selamba 'SERANG' Bilik Gerakan BN Di Taiping, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!



Satu pendekatan yang bersahaja dari menteri besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin semasa berkempen pada pilihanraya umum ke-13.  

Dengan selamba, beliau menberanikan diri berkempen di di kubu kuat Barisan Nasional (BN) DUN Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan.


Bilik gerakan tersebut terletak di kawasan pasar malam di Taman Kota Jaya dekat Taiping, dalam kawasan parlimen Bukit Gantang.

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.

Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaluddin.

Turut bersama dengan Nizar ialah calon PAS bagi parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

Gaya berkempen Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah Umno sebagai tetamu yang tak diundang di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Ternyata Nizar memiliki aura tersendiri hinggakan semua petugas BN tidak berani untuk memaki hamun walaupun Nizar merupakan calon Pakatan Rakyat.

Berkemungkinan, rakyat masih terasa sedih termasuk penyokong BN sendiri dengan rampasan kuasa pada 2009 dan Nizar cuma menjadi menteri besar setakat 11 bulan sahaja.

Sentimen rendah diri yang ditunjukkan Nizar berjaya menambat hati semua kaum hinggakan petugas BN berebut-rebut untuk bergambar dengannya tanpa sebarang masalah.

Tahniah Nizar... Bakal menteri besar Perak yang matang dalam berpolitik tanpa perlu mengeluarkan video lucah yang dijaja Umno dan BN.





1 comments:

  1. Ini satu pendekatan yang patut dipuji dan dijadikan cara baru kita menyampaikan khidmat dan dakwah. Dalam usaha meyakinkan keikhlasan kita, kita boleh menjanjikan kesanggupan untuk mengundi BN jika mereka boleh membuktikan gerak-kerja mereka lebih bermunafaat buat rakyat dari apa yang kita sediakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.