Hangat!!! PM Haji Najib Mohon Nyawa Sepenggal Lagi - Manifesto Ini Amat2 Terdesak.. Jom Terjah!!




BN mengumumkan lebih banyak pemberian tunai jika berjaya mentadbir Putrajaya sepenggal lagi.

Ketika melancarkan manifestonya malam ini, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000.
Begitu juga untuk yang bujang apabila bantuan dinaikkan kepada RM600 daripada RM250, umum Najib di hadapan ribuan pengikutnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam acara yang turut disiarkan langsung di televisyen, Najib berkata bayaran itu akan dibuat setahun sekali dan bukannya sekali sahaja seperti sebelum ini.

Turut diumumkan dalam manifesto BN:

    bn manifesto launch 060413 01 najib
  • Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan daripada RM100 kepada RM300.
  • Bantuan persekolahan daripada RM50 kepada RM150.
  • Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus.
  • Bayaran Internet jalur lebar dikurangkan sebanyak 20 peratus.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.