Terkini!! DS Anwar Kemukan Notis Saman Kepada Utusan & TV3.. Jom Terjah!!


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi mengemukakan notis saman ke atas Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana mengaitkan dirinya sebagai dalang terhadap pencerobohan puak bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta kira-kira jam 10:45 pagi.

Isnin lalu, Anwar memberi tempoh selama 24 jam terhadap kedua-dua pihak untuk memohon maaf atau berdepan dengan tindakan saman, namun setelah tempoh tersebut tamat, tiada sebarang permohonan maaf diterima pihaknya.

Kedua-dua pihak masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua dalam kes ini yang menuntut masing-masing membayar ganti rugi RM100 juta terhadap fitnah tersebut yang disiarkan oleh akhbar kawalan rejim Umno dan Barisan Nasional (BN) pada 2 Mac lalu dan disiarkan semula oleh TV3 pada sebelah malamnya.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran dari Tetuan Daim & Gamany juga memaklumkan tuntutan tersebut meminta kedua-dua defendan berhenti serta merta dari terus menyiarkan artikel dan berita yang mengaitkan Anwar dengan kumpulan pengganas yang membunuh lapan anggota keselamatan negara setakat ini.

Semalam, Anwar menafikan sekaras-kerasnya laporan yang mengaitkan dirinya dengan Sultan Sulu yang melantik dirinya sendiri, mempunyai hubungan dengan serangan bersenjata yang disasarkan ke atas pasukan keselamatan sejak 26 hari lalu.

Beliau juga menambah dirinya tidak ada sebarang hubungan dengan mana-mana pihak yang berkepentingan ke atas serangan tersebut melalui siaran radio eksklusif dari Filipina, Raydo Inquirer 990 FM semalam.

Perdana Menteri sementara Malaysia, Najib Altantuya setakat ini belum menerima sebarang maklum balas siasatan yang diarahkan sendiri olehnya susulan daripada laporan akhbar Philippine Daily Inquirer kononnya Anwar adalah dalang di sebalik serangan berdarah tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.