Pendedahan Perangai Buruk Shafie Apdal Pada Tahun 1994 Dibongkar, Benarkah Cerita Nie? Jom Terjah Buktinya!!!



Inikah hukum karma yang diterimanya atau memang sengaja dilakukannya??

Itulah yang terjadi ke atas Naib Presiden Umno, Mohd Shafie Apdal yang disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga memalukan Umno kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori presidennya sendiri!

Seorang peniaga Bumiputera, Karim Ahmad, mendedahkan bahawa Shafie Apdal telah pun berhutang dengan syarikatnya, Hazrim Sukanika pada 1994 sejumlah RM12,600 ketika diminta membekalkan alat binaan dan alat pejabat kepada Pejabat Umno bahagian Semporna.


"Sehingga ke hari ini setelah beberapa kali saya minta, Shafie hanya membayar RM200. Cukup memalukan dan menghina peniaga bumiputera seperti saya," ujar Karim yang kesal kerana Umno masih mengekalkan pemimpin yang tidak berhati perut seperti Shafie.

Menurut Karim, hutang berkenaan telah diakui sah dan disaksikan oleh Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Hj Sabaani yang ketika itu bertugas sebagai Penyelia KEMAS Daerah Semporna.

Walaupun Karim telah memberikan notis tujuh hari bermula 4 Februari 2013 kepada Shafie untuk menjelaskan hutang berkenaan, namun sehingga ke hari ini dia tidak mendapat sebarang respon dan akan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kini jumlah hutang Shafie ialah RM31,248 setelah mengambil kira kadar kerugian 8% setahun selama 19 tahun.

"Sehubungan itu, saya menyeru agar rakyat Semporna menilai semula sokongan mereka terhadap Shafie kerana tidak bertanggungjawab dan sentiasa menindas peniaga dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan Umno selama ini," ujar Karim yang kesal kerana menerima nasib yang sama dengan puluhan peniaga lain.

Manakala dalam satu lagi kes melibatkan kementeriannya, pada 20 Julai 2011, 20 kontraktor Kelas F mencela sikap buruk Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah gagal menyelesaikan isu tuntutan kontrak kerja mereka yang belum dibayar; walaupun kerja telah disiapkan sejak lebih setahun lalu.

Jurucakap kontraktor berkenaan, Kunsul Nahul mengesahkan pihaknya sudah terlalu lama menunggu janji Shafie untuk menyelesaikan isu tuntutan 20 kontraktor bumiputera yang teraniaya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) apabila Pejabat Daerah Lahad Datu memberitahu tidak mempunyai cukup wang untuk membayar GWO (Pesanan Kerja Am) yang telah dikeluarkan kepada mereka.


“Kerja kita telah buat dan telah disahkan siap, tetapi sampai hari ini janji Shafie untuk selesaikan isu ini belum tertunai. Bukan salah kami. Kami terima GWO dan buat kerja ikut spesifikasi. Bila mahu tuntut, Pejabat Daerah kata duit habis,” ujar Kunsul yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana peruntukan khas RM1.5 juta yang dikeluarkan oleh KKLW kepada Pejabat Daerah Lahad Datu telah disalahgunakan untuk tujuan lain sehingga mereka gagal membayar kontrak kerja yang telah kami siapkan.

Tegas Kunsul, walaupun tuntutan projek kecil beliau tidak banyak, antara RM20,000 sehingga RM50,000, tetapi adalah jumlah yang cukup besar bagi kontraktor Kelas F seperti beliau dan rakannya yang bukan sahaja terpaksa membeli batu kelikir, membayar pekerja dan sewa jentera malah menanggung keluarga.

Projek Selenggara Jalan Kampung Sapagaya, Lahad Datu yang diperolehinya melalui KKLW/PD/PJK/S/LDU/SIM/358P/03-09 dan dikeluarkan GWO bernombor A 172499 pada 19 Mac 2009, kata Kunsul telahpun disiapkan dua minggu kemudian.

- Sabahkini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.